Saturday, February 19, 2011

Kita perlu menguasai pelbagai kaedah ke arah kebaikan,NAMUN...

Jalan-jalan kebaikan itu SANGAT banyak

Kutip kertas gula-gula yang kita jumpa sewaktu berjalan, ITU KEBAIKAN.

Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, ITU KEBAIKAN.
Membicarakan perkara-perkara yang bermanfaat atau diam sahaja untuk mengelakkan perkara yang sia-sia, ITU KEBAIKAN.
Menguasai pelbagai ilmu IT agar kita lebih berupaya memaksimakan hasil ke arah kebaikan, ITU KEBAIKAN.
dan banyak lagi...

NAMUN

bagaimanakah kita memaksimakan masa untuk melakukan dan menguasai pelbagai KAEDAH untuk melakukan kebaikan...

Jujur saya akui, impaknya terkesan kepada diri ini apabila sekian lama menyepi dari menggunakan medium 'blog' ini ke arah KEBAIKAN.

Ada benarnya kata-kata pengasas gerakan Islam tersohor di Mesir Ikhwanul Muslimin iaitu Almarhum Hasan al Banna
"Tanggungjawab yang perlu kita sempurnakan lebih banyak dari masa yang kita ada"...

Berusahalah kita semua ke arah kebaikan,

Online mahupun offline.

Waktu semakin suntuk.

Umur semakin susut.

Ajal bakal menjemput.

Teruskan membaca...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP