Sunday, November 27, 2011

Kaedah anggar bil elektrik

Salam maal Hijrah 1433.

Saya ingin berkongsi tentang bagaimana kita dapat menganggarkan bayaran bil elektrik rumah. Kebetulan saya menjumpai kaedah ini selepas meneliti bil elektrik yang biasa kita dapat. Kaedah ini agak praktikal dengan meter baru TNB yang memaparkan unit penggunaan elektrik dengan jelas secara digital. Berikut adalah kaedah yang saya pakai:

1. Pada bahagian bawah bil ada unit semasa dan unit dahulu. Ambil
Nilai unit semasa. Cthnya dalam gambar yang saya lampirkan nilainya ialah 331 unit.
2. Kemudian lihat pada meter elektrik di luar rumah, katakan nilainya ialah 431 unit.
3. Ini bermakna sehingga kali terakhir elektrik kita dikira, kita telah menggunakan sebanyak 100 unit.

Apa yang saya perhatikan, tarif elektrik rumah kita akan berbeza sekiranya mencecah penggunaan 201 unit ke atas. Berdasarkan kiraan saya. Perbezaannya ialah pada kadar 33 sen seunit berbanding 22 sen seunit. Jadi kita akan membayar 11 sen atau peningkatan sekali ganda sekiranya melebihi 200 unit penggunaan elektrik bulanan.

Jadi untuk dapatkan penggunaan elektrik pada kadar yang lebih murah pastikan penggunaan elektrik tidak melebihi 200 unit. Gunakan iPhone, iPod atau pelbagai gajet di luar sana untuk tetapkan 'reminder' setiap minggu dan perhatikan penggunaan elektrik rumah kita.

Jom cermat!

1 comments:

desperate mama December 5, 2011 at 2:36 PM  

waaaahhh... tak tercapai dek akalku... apatah lagi melibatkan kira-kira.... unit unit bagai.... :)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP