Mendodoikan Muhammad
Penat dan kadangkala tension. Itu yang saya rasai untuk mendodoikan anak saya tidur sejak akhir-akhir ini apabila umminya pergi bekerja.
Susah juga sebenarnya untuk mendodoikan anak. Sejak kebelakangan ini Muhammad asyik meragam sebelum tidur.
Didukung menangis, bawa berjalan-jalan sambil dukung mengeliat, diletak dalam buai menangis. Entah apa yang menyebabkan dia berasa tidak selesa. Namun, lama-kelamaan setelah penat saya dukung dan bawa berjalan barulah dia senyap, penat agaknya.
Pada pagi ini pun saya mengahadapi situasi yang sama. Mungkin Muhammad tidak selesa, saya mandikan dia dan setelah itu cuba memberi susu ibu yang umminya telah siapkan dalam botol.
Dia menolak susu tersebut dengan lidah dan menangis lagi. Fuh, dah mula rasa tension nih.
Kemudian, saya dukung Muhammad sambil berjalan-jalan keliling ruang tamu. Saya cuba pastikan keadaan badannya selesa sewaktu saya dukung supaya dia tidak mengeliat.
Muhammad sudah senyap tetapi matanya melilau memandang sekeliling.
Saya teringat salah satu cara mendodoikan anak ialah dengan menyanyikan lagu supaya dia berasa tenang. Namun suara saya tidak sedap, takut hujan turun. Jadi saya lupakan sahaja soal menyanyi untuk mendodoikan Muhammad.
Terlintas di fikiran untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk mendodoikan Muhammad. Memandangkan saya ada menghafal beberapa surah, boleh juga saya gunakan cara ini sebagai serampang dua mata untuk mengingat kembali dan mendodoikan Muhammad.
Saya mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Mulk dan As-Sajadah. Namun tersangkut pada 10 ayat terakhir surah As-Sajadah disebabkan tidak berapa ingat namun Alhamdulillah Muhammad telah pun tertidur dalam dukungan saya.
Saya masukkannya dalam buai dan bergegas untuk mandi dan mengurus diri kerana Muhammad biasanya tidur sekejap pada waktu pagi berbanding tengahari.
Memang betul jangkaan saya yang Muhammad pada ketika ini telahpun terjaga. Sempat juga saya mengurus diri tadi.
Baiklah saya nak sambung jaga dan main dengan Muhammad. Susah kalau dia tiba-tiba mengamuk untuk dapatkan perhatian.
Sekadar catatan ringkas dikesempatan waktu yang ada.
3 comments:
Sedikit tambahan dari saya sendiri tentang catatan pada kali ini, rupa-rupanya Muhammad masuk angin. Patutla meragam. Selepas diberi 'Gripe Water' baru dia lega dan tenang.
Untuk makluman semua, air 'Gripe Water' boleh dibeli di farmasi. Tujuannya adalah untuk melegakan kembung perut dan angin kepada anak-anak kecil termasuk bayi. Ada sukatan tertentu mengikut umur, semuanya ada dinyatakan di botol tersebut.Ini alternatif selain kita meletakkan minyak telon pada perut anak kita.
camne tau die masuk angin?
org kata, jgn biasakan dukung budak. nati pepehal sume die nak dukung.
Camne tau Muhammad masuk angin?
Sebabnya lepas je dia minum gripe water tue dia terus kentut-kentut dengan banyaknya.
Cara lain kita ketuk-ketuk perut 'baby' dengan jari, ada bunyi cam lompong tu tanda-tanda masuk angin. Tapi kadang-kadang susah gak nak kesan terutama lepas dia menyusu.
Mungkin ada cara-cara lain tapi tu je yang along tau setakat ni.
Sebenarnya memang tak nak bagi dia biasakan dengan dukung, sebab tu baru-baru ni kitorang belikan buai dan stroller.Nak didik Muhammad dengan semua keadaan.
Dukung tu sebab kalau dia betul-betul tak selesa. Alhamdulillah setakat ni dia ok je dalam buai dan stroller.Takdela asyik dukung je.
Sekian untuk makluman amir.
Post a Comment