Saya sebagai Mr.Mama
Tulisan ini ditulis sebaik sahaja saya selesai menidurkan Muhammad. Mencuri masa dan peluang untuk kemaskini blog yang sekian lama agak terbiar,huhu.
Alhamdulillah, Muhammad telah tidur setelah meragam melawan perasaan ngantuknya. Sejak catatan yang terakhir iaitu mengenai Muhammad yang berusaha melawan ngantuk sampai berkerut dahi
'Catatan Hari Raya 1' saya tidak berkesempatan untuk kemaskini blog yang ada. Rasa macam ada sesuatu yang kurang apabila pengalaman bermanfaat yang saya alami tidak dikongsi.
Berikut merupakan beberapa perkara yang saya lakukan sepanjang lebih kurang 4 minggu setelah saya selesai menjalani latihan praktikum di USM pada 10 Oktober 2008 yang lalu:
- Berpindah dari rumah keluarga di Cheras ke rumah sewa di wangsa maju. Rumah ni amat dekat dengan rumah keluarga mentua saya, satu blok. Memandangkan baba sudah pencen, dia sangat berminat untuk menjaga cucu sulungnya. Alhamdulillah, jadi kami tak perlu pening-pening berfikir dan mencari nurseri untuk menjaga Muhammad setelah saya dan Husna sama-sama bekerja.
- Mengemaskini web Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang. Ini merupakan web sekolah di tempat saya berpraktikum. Web tersebut boleh dilawati melalui www.smtbl.edu.my.
- Menjadi MR. MAMA sepenuh masa.
Stamina.
Kesabaran yang tinggi.
Ilmu mengurus anak.
Kekuatan mental dan fizikal.
Ilmu mengurus anak.
Kekuatan mental dan fizikal.
Perkara-perkara di atas merupakan sebahagian cabaran yang saya dapati sebagai MR MAMA sepenuh masa. Sememangnya di awal 'kerjaya' terbaru ini saya menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang rungsing juga dibuatnya apabila Muhammad menangis tidak tahu punca, dibagi susu tidak mahu, didukung mengeliat, diletak menangis dan pelbagai lagi ragam anak kecil yang sewaktu dengannya.
Sebab itu saya meletakkan antara cabaran yang perlu diatasi untuk menjadi MR MAMA yang berjaya ialah mengetahui ilmu mengurus anak. Bayi hanya menangis untuk menunjukkan rasa tidak selesa ataupun ada kehendaknya yang tidak dipenuhi. Mengetahui punca mengapa Muhammad menangis dan perkara-perkara lain berkenaan dengan perkembangan anak-anak mendorong saya untuk melakukan sedikit bacaan dan perkongsian bersama isteri.
Laman web www.babycenter.com menjadi rujukan saya dan isteri sedikit sebanyak untuk mengetahui perkembangan anak kami.

Kesimpulan
Masih banyak yang perlu dipelajari dan saya masih lagi amatur dalam bidang ini. Tujuan saya secara rela hati memilih untuk menjadi MR MAMA kerana saya ingin merasai sendiri pengalaman menjaga anak kecil. Walaupun pada ketika ini pendapatan keluarga agak sesak disebabkan saya tidak lagi menerima elaun sebaik sahaja tamat belajar di USM, namun keutamaan saya lebih kepada keluarga.
Bak kata Husna, dia lebih rela saya duduk di rumah dan jaga Muhammad untuk qadha 'kehilangan' saya sewaktu belajar di USM. Kelakar juga bunyinya, tapi saya faham maksud yang ingin disampaikan. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mewujudkan hubungan kasih sayang yang lebih erat dengan anak-anak.
Kini saya merasai tugas seorang ibu yang menjaga anak-anak yang mencabar dan penuh dengan susah payah.
Susah payah melayan karenah anak.
Susah payah menguruskan rumah.
Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Cabaran kepenatan dan kepayahan mendidik anak sudah tentu berganda.
Kerana itu saya sedaya upaya ingin membantu mengurangkan beban isteri sedaya termampu.
Kepada sahabat-sahabat saya yang bakal dan sudah mendirikan rumah tangga, saya galakkan anda semua menjadi MR MAMA sedaya termampu. Kalau tidak dapat sepenuh masa akibat kekangan kerjaya, lakukanlah sesuatu untuk meringankan beban isteri. Lebih-lebih lagi isteri yang bekerjaya.
Percayalah bantuan dari kalian yang lelaki dan secara fitrahnya mempunyai tenaga fizikal kuat dapat meringankan urusan kerja rumah tangga, Insya Allah.
Sudah pasti 'teman setia' kalian akan berasa sangat bersyukur dan menghargai sumbangan tenaga yang diberikan.

3 comments:
hi Muhammad. dah bosan dgn Mr Mama ye. Meh kat uncle meh. uncle leh bawak Muhammad jalan2 main salji. huhu
pernah suatu ketika menonton talk show Oprah Winfrey...
tajuk ketika itu "bagaimana memahami bahasa bayi"(setelah dimelayukan)
bagu gak info masa tu,
cuba carik2 dlm youtube, manatau ada...
@@senanglah Muhammad n Mrs Papa g jln2 kat Alpha Angle
Muhammad ngan Mr. Mama...
selamat mendalami ilmu2 MAMA....
Post a Comment