Tuesday, December 30, 2008

Kembali setelah menyepi

1. Alhamdulillah, saya berusaha untuk kembali menulis setelah kian lama menyepi.

2. Sepi kerana talian internet di rumah keluarga di Cheras telah dipotong sementara waktu atas sebab bil yang melambung kerana adik bongsu dengan semangat setiakawan yang tinggi kerap menelefon rakan-rakannya yang mempunyai telefon bimbit. Nasihat telah diberikan kepadanya dan tindakan telah pun diambil oleh pihak TM untuk memotong talian buat sementara sebagai pengajaran. Semoga beliau mengambil pengajaran dan menerima nasihat ,Insya Allah.

3. Kini saya sekeluarga kembali ke rumah sewa di wangsa maju setelah sebulan lebih menjaga rumah keluarga di Cheras kerana mak dan ayah pergi mengerjakan haji dan telah pun selamat pulang dalam penerbangan pertama yang lepas,Alhamdulillah. Semuanya sihat kecuali mak yang masih lagi batuk akibat keadaan persekitaran di sana.

4. Saya dalam fasa bersabar menunggu keputusan penempatan ke Sekolah Menengah oleh KPM. Mengikut KPM, urusan penempatan DPLI boleh disemak mulai 5 Januari bersamaan hari Isnin depan. Semoga segalanya dimudahkan urusan.

5. Muhammad pula sedang memasuki fasa sebagai pengkaji kehidupan yang sangat aktif. Banyak perkara yang menarik perhatian beliau ingin disentuh dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Muhammad sentiasa mahu didukung atau berjalan melihat persekitaran. Ada sahaja aktiviti yang dibuatnya hinggakan sewaktu minum susu ibu ummi pun masih lagi ingin bermain-main dan memegang sesuatu. Alhamdulillah, Allah Taala mudahkan urusan ummi untuk menyusukan Muhammad dengan susu ibu sehingga kini dan Insya Allah sehingga umur dua tahun.

6. Bentuk fizikal Muhammad pun sudah mula berubah dengan badan yang semakin meninggi dan semakin berat. Walaupun nampak agak tidak tembam namun beratnya masih lagi normal. Makanan berbentuk puri dan bubur nasi pula sudah mula diberikan dan kesemuanya dibuat sendiri oleh kami. Berdasarkan pembacaan yang dilakukan, makanan bayi yang sudah diproses di luar sana agak kurang sesuai untuk bayi seperti Muhammad kerana khasiatnya.

7. Walaupun ada yang menyarankan kami membeli sahaja makanan bayi di pasar raya untuk Muhammad sehinggakan kami pun hampir-hampir sahaja ingin membeli,namun setelah meminta pandangan doktor, kami batalkan sahaja niat tersebut. Memang Muhammad sudah menunjukkan kecenderungan untuk makan(sebab bila kami makan dia sibuk-sibuk nak pegang dan masuk dalam mulut dia), tapi bila dia cuba makan puri yang dibuat, terkelat-kelat juga mukanya untuk mengunyah dan makan. Baru satu, dua kali menyuap dia sudah tidak mahu. Rupa-rupanya itu merupakan kelakuan normal seorang bayi untuk membiasakan diri dengan makanannya.

8. Antara puri yang telah dibuat ialah lobak merah,kentang,pisang,epal dan bubur nasi. Alhamdulillah, Muhammad tidak sangat memilih, makan je semua. Tapi sikit jela yang dia makan. Mengikut kata doktor umur 7 bulan seperti Muhammad adalah normal untuk makan 2 sudu besar atau kurang selagimana dia masih menyusu.

9. Selain itu, banyak peristiwa yang berlaku disekeliling yang menggusarkan hati kita sebagai umat Islam. Kemelesetan ekonomi, blog yang menghina Rasulullah S.A.W, dan yang terkini serangan Rejim Zionis ke atas Palestin membuatkan seolah-olah dunia ini dipenuh dengan huru-hara dan tidak selamat diduduki.

10. Marilah kita sama-sama berdoa sebanyak 5 kali setiap hari selepas solat agar kita diberi kekuatan dan ditetapkan KEIMANAN menempuhi fitnah(cubaan) dunia yang semakin tua dan menunggu penghujungnya.

11. Semoga ketemu di lain coretan, Insya Allah.

3 comments:

Rizza December 31, 2008 at 6:23 AM  

Salam

Selamat tahun baru Hijrah!
Maal HIjrah

semoga Muhammad dapat menyusu dengan susuibu nye hingga 2 tahun... kepada ummi Muhammad... you can do it!!!!insya'allah

tak perlu beli makanan yang dah siap tu.. tak berkhasiat pun.. betul kata doktor tu....
lebih baik buat sendiri dan beri perisa asli.... kerana kat luar tu.. hanya "marketing aje" kandungan bahan perisa tambahan serta garam.. memang terkandung dalam tu.. hati2 la...
kalau dia dah mula nak memegang makanan.... tanya doktor dulu apa2 pun.... boleh ke dia makan roti putih (bila dah 10 bulan)....
[p/s: utk makanan Muhammad tu lebih elok perisa asli tanpa garam, gula, minyak - kalau doktor setuju ] .... kerana bahan2 perisa tambahan ni amat tidak sesuai buat masa ini... berkaitan dengan "kidney"...

apa-apa pun... tanya doktor (yg pro BF & leh percaya la).. jgn ambil sebarang nasihat org lain yg anda rase ragu & tak betul (kecuali org tu dah buktikan anak dia sihat ngan cara tu.. hehe macam saya... )

Mohammad Yassir Hamidun January 1, 2009 at 4:04 PM  

Salam tahun baru juga Kak rizza,

Thanks atas saranan dan komen.
Insya Allah kami ingin konsisten dengan memberi makanan yang asli dan bukannya diproses.

Semoga semuanya dimudahkan Allah Taala.

Anonymous,  January 12, 2009 at 10:44 PM  

Nape tibe2 pakai layout pink ni along. kak husna punya keje ke? lol

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP