Tuesday, January 13, 2009

SMK COCHRANE: Tempat pertama saya bertugas

1. Alhamdulillah, saya telah selesai lapor diri di JPWPKL pada hari Isnin 12 Januari yang lalu. Tempat bertugas yang diterima SMK Cochrane,Cheras.


2. "Cikgu dapat di SMK Cochrane?,seronok sekolah tu, saya 19 tahun di sana sebelum bertukar ke sekolah lain," ulas bekas seorang guru SMK Cochrane yang kini merupakan Pengetua di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur apabila beliau melihat borang permohonan saya untuk menjadi ahli Persatuan 4PSM sewaktu taklimat di JPWP pada hari tersebut.

3. Ada juga rakan-rakan DPLI USM 2008 yang dapat penempatan di Kuala Lumpur, tapi 4 orang sahaja termasuk saya. Kebanyakan yang lain dapat ke negeri asal masing-masing.

4. Sejurus selepas taklimat di JPWPKL saya terus melapor diri di sekolah. Sempat juga saya sampai sebelum pukul 5 dan berjumpa dengan Pengetua(Pn. Shamsiah) dan PK 1 (En.Samsudin). Maklumat awal yang diberikan mereka, saya dikehendaki untuk mengajar Tingkatan 6 kerana saya ada mengambil Pengajian Am sewaktu DPLI. Subjek ICT telah pun mempunyai guru.

5. Saya terima tugas dengan hati yang lapang dan terbuka walaupun bidang pengkhususan saya ialah ICT. Jauh di lubuk hati saya berkata ini merupakan satu peluang yang baik dan harus digunakan sebaiknya untuk menimba pengalaman baru. Program Tingkatan 6 di sekolah ini telah diberi jenama baru sejak tahun 2008 iaitu Program Pra-Universiti.

6. Seperkara yang menarik perhatian saya ialah rekabentuk banggunan sekolah yang berkonsepkan 'City School'. Walaupun sekolah ini telah lama wujud sejak 1957 lagi, tetapi pada tahun 2004 sekolah ini telah berpindah ke tempat baru tidak jauh dari tapak asal dan setinggi 7 Tingkat serta mempunyai kemudahan lif. Kebanyakan kelas untuk Tingkatan 1 hingga 5 ditempatkan hingga tingkat 4 dan 3 tingkat teratas ditempatkan prasarana-prasarana sekolah yang lain seperti Pusat Sumber,Bilik Guru,Bilik APD,dan kelas Pra-Universiti.

7. Sudah tentu penggunaan lif hanya terhad kepada guru sahaja dan pelajar dikehendaki menaiki tangga untuk ke kelas. Banggunan baru ini juga tidak memerlukan pelajar untuk keluar ke banggunan lain dan hanya mempunyai satu blok sahaja. Jadi tidak timbul soal lambat nak ke sesuatu kelas sebab hujan dan sebagainya.

8. Alhamdulillah, prasarana yang ada di sekolah ini boleh dikatakan pada tahap yang terbaik dan membantu suasana pembelajaran yang selesa.

9. Secara tidak langsung dengan segala kemudahan yang lengkap serta rakan-rakan sejawatan yang sentiasa positif dan sudi membantu membuatkan saya berasa tercabar untuk memberikan yang terbaik kepada anak didik untuk mereka belajar dan meneroka ilmu pengetahuan di sini.

10. Namun tidak dapat saya nafikan saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan pengurusan sekolah agar visi dan misi sekolah akan terlaksana dengan sebaik mungkin.

11. Bermulalah profesion rasmiku sebagai guru...

5 comments:

radin fatihah husna January 15, 2009 at 4:41 PM  

tahniah; dapat penempatan sekolah yang boleh tahan bunyinya.
Lagi, mengajar tingkatan 6, membolehkan MYH mengikuti aliran / laluan pantas dalam karier keguruan.

Tahniah sekali lagi, dan selamat bertugas.

Jangan lupa tugas dakwah kita; jangan ditinggalkan.

daLyaanoon January 15, 2009 at 10:47 PM  

sekolah lahirnya pemain2 bolasepak handalan negara

i.e Azman Adnan, Shahrin Majid

Abang Am January 16, 2009 at 10:21 PM  

Sekolah sukan tuh. Memang terkenal dengan budak-budak gengster. HuHu.

Bersedialah Along.. HeHe

Rizza January 21, 2009 at 7:34 PM  

Tahniah!!! dan selamat bertugas...

Anonymous,  February 3, 2009 at 8:33 PM  

tahniah....

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP