Catatan Hari Raya 1: Damai Desa
Muhammad-Yassir-Husna di hadapan rumah mok
Salam Aidilfitri kepada semua. Setelah lebih seminggu kita menyambut syawal dan meninggalkan Ramadhan. Walaupun cuti berhari raya agak singkat namun ada yang tidak melepaskan peluang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Begitu juga keluarga saya. Ini adalah kali pertama saya dan isteri berhari raya bersama anak sulung kami-Muhammad yang kini sudah mencecah umur 4 bulan 2 minggu,Alhamdulillah. Kami mengambil keputusan untuk pulang berhari raya di Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan iaitu rumah nenek husna. Beliau yang lebih dikenali sebagai mok merupakan bekas guru mengajar Al-Quran di kampung tersebut dan masih lagi sihat walaupun berjalan agak bongkok sedikit kerana usia yang amat lanjut.
Tapi apa yang mengkagumkan ialah daya ingatannya sangat kuat dan tidak menghidapi penyakit nyanyuk. Mungkin berkat mengajar Al-Quran kepada anak-anak disekitar kampung tersebut, Allah Taala memberikan daya ingatan yang kuat untuk mok mengingat nama setiap anak muridnya. Disamping itu juga saya memerhatikan beliau banyak mengamalkan petua bacaan ayat-ayat Al-Quran tertentu untuk berubat. Sesampainya saya di rumah mok, beliau terus berjalan ke muka pintu dan menyapa kami sekeluarga, "Oh, Yassir dah sampai dah!". Terkejut juga saya kerana beliau masih mampu mengingat nama saya walaupun kali terakhir saya bertemu dengannya adalah pada tahun lepas.
Tiada TV
Ya, di rumah mok tiada TV, berbanding dengan rumah jiran-jirannya yang lain yang siap ada piring Astro lagi. Mok sangat melarang anak-anak dan cucu-cucunya membawa TV ke rumah .Katanya walaupun di TV ada perkara baik, namun perkara yang tidak baik juga banyak. Minyak dan air tidak boleh bercampur dalam satu gelas-minyak rosak tidak boleh dipakai,ar rosak tidak boleh diminum. Begitulah hujahnya. Pernah dia memarahi cucunya kerana curi-curi bawa masuk TV kecil hitam putih. Terus diambil dan dibuang TV tersebut.
Hadapan Rumah Mok (Cube perhati,mana ada ariel TV,huhu)
Agak janggal pada mulanya hidup tanpa TV. Sunyinya semacam. Kalau tiada yang berbual, memang sunyi. Tapi bila dah lama-lama rasa seronok pulak. Dapat menikmati damai desa yang sebenar. Lagipun rumah mok ni memang banyak buku-buku yang best. Disebabkan tiada TV, famili sepupu Husna yang tinggal bersama mok banyak membeli buku untuk bacaan di rumah. Lebih-lebih ayah ngoh (pak saudara Husna) yang suka membaca buku dan ada pelbagai jenis koleksi buku. Tenang je rasa baca buku tiada TV. Kalau tidak biasanya di rumah memang bising dengan bunyi TV.
Ayah ngoh menghadiahkan saya 3 buah buku yang kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Buku tersebut merupakan buku-buku agama yang telah ayah ngoh beli sewaktu beliau berada di luar negara dahulu. Saya sangat menghargai pemberian hadiah dalam bentuk buku, kerana saya suka membaca. Membaca meluaskan pemikiran dan menjadikan kita lebih kaya ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi saya berkhidmat dalam bidang perguruan, perlu mempunyai ilmu yang lebih dari anak-anak murid dan supaya apa yang diajar menjadi lebih relevan dengan pengetahuan semasa.
Kelebihan Tiada TV
Sewaktu saya di UIAM, Ustaz Mustafa Omar pernah menyatakan di dalam kelas bahawa di rumah beliau tiada TV. Beliau hanya mendapatkan maklumat terkini dari internet sahaja. Katanya TV lebih banyak membuang masa dan menyekat aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Hanya menunggu siaran TV berjam-jam tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat.
Pada mulanya saya tidak berapa percaya. "Bolehkah kita hidup tanpa TV? Boring tu!". Tapi apabila saya mengalami sendiri pengalaman tiada TV di rumah mok, terus saya akui kebenarannya. Di sini saya sertakan beberapa faedah yang saya dapati dan alami secara peribadi sewaktu di rumah mok:
- Baru kita sedar masa yang ada sebenarnya sangat banyak. Banyak perkara berfaedah boleh dilakukan. Membaca, membersihkan rumah, beramah mesra sanak saudara, memasak dan banyak lagi.
- Kita akan lebih rapat dengan saudara mara, sebab bila balik kampung je semua duduk berbual bertanya khabar. Kalau senyap, memang senyap la rumah. Jadi nak tak nak memang berbual la jawabnya. Kalau ada TV, alamat melekat la semua nak tengok rancangan menarik. Lebih-lebih lagi banyak rancangan menarik keluar pada musim hari raya. Dah hilang semangat Hari Raya untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
- Boleh luangkan masa bersama keluarga dengan lebih bermanfaat. Ini dapat saya rasai bila dapat bermain-main dengan Muhammad yang sangat aktif. Terus hilang rasa nak tengok TV. Anak-anak pun rasa dihargai dan kita pun dapat mengenali peribadi anak dengan lebih berkesan.
- Kita akan lebih merancang hidup dengan berkesan. Kalau ada TV, susahla lebih-lebih lagi terpaksa tangguh buat sesuatu semata-mata untuk tengok rancangan kegemaran di TV.
- Kalau balik kampung, anak-anak kecil akan mengisi masa lapang mereka dengan bermain sesama mereka dan keluar dari rumah. Baru mereka dapat berinteraksi dengan alam sekeliling mereka. Tidakla hanya duduk je kat rumah. Saya lihat mereka ni akan lebih cepat matang dalam pergaulan dan kehidupan.
Persoalannya:Mampukah?
Itu persoalan yang saya tanyakan pada diri. Mampukah saya hidup tanpa TV? Sebab dah terbiasa ada TV dirumah sejak kecil. Namun, Alhamdulillah, dalam keluarga saya, mak dan ayah memang jarang melekat depan TV kecuali melihat berita atau dokumentari. Astro pun ayah saya tidak mahu ambil, katanya dah banyak sangat 'Channel' kat rumah. Betul juga cakap ayah. Kalau nak difikir-fikir balik kita ni hanya boleh tengok 1 channel je dalam satu-satu masa. Kalau TV yang ada fungsi PIP(picture in picture) pun hanya boleh tengok dua sahaja. Itupun 'channel' kedua hanya gambar tanpa suara,huhu.
Saya pula boleh dikatakan pernah terbiasa hidup tanpa TV kerana sewaktu tingkatan 1 hingga 5 saya bersekolah di asrama. Jadi TV tu memang dah jarang sangat tengok. Mungkin saya dan Husna tiada masalah sekiranya tiada TV tapi terfikir pula bagaimana dengan anak-anak kami nanti? Sudah pasti di zaman ini dan akan datang sangat sukar untuk kita melihat rumah orang tanpa TV. Saya dan Husna tidak mahu menimbulkan konflik dalam diri anak-anak kami bahawa kami cuba menyekat mereka dari tengok TV sedangkan rakan-rakan sebaya mereka tiada masalah untuk tengok TV. Bimbang sekiranya mereka memberontak dalam diam dan terus jauh keluarga untuk mencari hiburan lain. Memang kita Nampak itu untuk kebaikan mereka, tetapi kita mesti mendidik mereka sesuai dengan cara dan kehidupan mereka pada zaman akan datang. Sepertimana kata-kata Khalifah Islam yang kedua, Saidina Umar al-khattab, "Didiklah anak-anakmu mengikut zaman di mana mereka hidup,".
Pandangan saya: Hidup dengan TV atau tanpa TV
Bagi saya secara peribadi, TV hanyalah alat. Setiap sesuatu alat yang wujud di dunia ini ada kebaikan dan keburukan. Sepertimana pisau di dapur, alat bermanfaat yang digunakan untuk memasak, namun bisa saja boleh digunakan untuk mencederakan orang lain. Perkara yang paling utama dan paling penting ialah siapa yang menggunakan alat tersebut. Sekiranya yang menggunakan alat tersebut berniat kepada kebaikan nescaya banyak manfaat yang boleh diperolehi dan begitulah sebaliknya.
Mungkin bagi mok dan ustaz Mustafa omar kehidupan tanpa TV adalah pandangan peribadi mereka untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak elok yang mudah disajikan kepada semua tanpa mengira peringkat umur. Perkara itu memang tidak dapat saya nafikan, tetapi Alhamdulillah sekarang di Malaysia sudah wujud 'channel-channel' yang berasaskan maklumat bermanfaat daripada melalaikan. 'Channel' seperti TV9 dan Astro Oasis umpamanya sarat dengan bahan-bahan yang bermanfaat untuk diambil iktibar. Cuma tangan tue nak ke tak nak tekan 'remote'.
Kesimpulannya,kita sendiri memilih 'channel' apa yang kita nak. Kalau bermanfaat tengok dan belajar. Sekiranya tidak tutup dan jimatkan elektrik. Lebih bagus kalau kita melihat Intisari rancangan di surat khabar dan pilih rancangan mana yang sesuai. Kemudian rancang masa dengan tidak melihat perkara yang tidak berfaedah. Mungkin itu pendekatan yang kami akan gunakan untuk mendidik anak-anak kami terhadap penggunaan TV di rumah,Insya Allah.
Wah,panjang pula menulis, Terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhirnya. Semoga secebis pengalaman yang dikongsi bisa membawa sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua…dan kerana itu jualah saya menulis.
9 comments:
ai takkan 2 je gambar. bubuh ler byk2 lg. tp mengikut jumlah kereta, mcam kurang meriah je kat umah mok tuh. ke guane?
bak org kata tv tu dajjal..bawa kebaikan dan keburukan
Salam. Amir, ni amir adik ipar ksna ke? ke amir lain hehe...
kereta dalam gambar tu ada 3 je. sebab ada 3 family je yang tido umah mok masa raya. yang lain memang tinggal di klate so tido umah masing2 la.
maybe along takde gamba yang boleh describe kemeriahan raya di umah mok. untuk pengetahuan, bila musim raya (terutamanya raya pertama dan kedua) umah mok macam buat kenduri. kebanyakan tetamu terdiri daripada family dan bekas anak2 murid mok.
raya pertama hari tu, tetamu tak putus2 datang seawal pagi lepas solat sunat sampai la 12 malam. dapur rumah ibarat "hell's kitchen" dan chefnya adalah mok! haha...
semua ahli keluarga ada tugas i.e melayan tetamu, buat air, basuh pinggan, serve makanan, top up makanan dll.
ada masanya kami curi2 masa untuk tido sebab penat sangat. kami juga takde masa untuk berasa bosan. alhamdulillah lepas muhammad lahir, ksna ada alasan kukuh utk lari sekejap dari tugasan...yay!
kesibukan melayan tetamu menyebabkan kami kurang masa untuk snap gamba (hehe menjawab persoalan tak?)
Mrs MYH,
1. doakan hamba diizinkanNya bergambar seperti kali.
2. maafkan hamba sejak zaman tadika umi.
3. Muhammad iktiraf ummi dia tak berat tulang masa Eid.
4. Cikgu MYH suka lah tu ada org pasangkan butang baju Melayu.
daLYaanoon...pakai butang sendiri!
salam... tertarik nak komen pasal TV ni... ye betul.. tv ni ade baik n ade buruk..bergantung cara kita guna (apa yg kita tgk) seperti internet jugakan....
kami ade TV sebijik pun..kadang tu rase nye boleh tak bukak pun seminggu... anak kami tak berapa suka tgk tv...(cartoon memang dia tak suka tgk)... kalau ade pun kami pasangkan rancangan kanak2 atau cd pelajaran yg dibuat sendiri(pasang kat dvd player le.. sambung di tv..)...
TV pun utk tgk berita atau ade cerita yg nak tgk..tapi bukan hari2 n bukan setip masa....
di internet kalau kita rajin dan suka..dpt la macam2 info berguna mengikut minat kita..
mengenai Tv dan zaman anak2... bergantung pada cara didikan mak bapak pada anak2... kalau kita didik dia suka pada buku... kurang le dia mengadap tv tu... atau aktif bersukan.. maka kurang juga dia tgk tv... apa2 pun jika nak bagi tgk..pilih la rancangan yg berfaedah utk nya dan kawal TV tu ..bukan boleh diberi begitu sahaja..... orait!!!
TV ooh TV, dlu waktu kat SMAKL ader TV (walopung dlm grill) bkan rajin sgt nengok pong... Nak salahkan TV pun x leh gak, cuma alat.
TV takder pun sah gak nak nengook bola..
slm...kat smakl dlu ada tv...aku ingat lagi, wlpn pintu bilik tv dikunci,tp mcmna ntah budak2 time 2 boleh masuk...he3...plg ramai penonton bile time hindustan...he3...ali la raja nya time 2...maklum la time 2 musim hindustan...he3...
tgk hindustan sampai subuh...
sampai tak tau arah kiblat time solat subuh
hehhehe...xder tv xper...aku pernah rase 2 minggu tanpa hendset..cmner???ader berani??
Post a Comment