Musim sibuk menjelma
Ini adalah musim sibuk bagi saya. Minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan minggu sekolah bermula setelah cuti Hari Raya. Minggu sebelumnya sibuk dengan pulang ke kampung, manakala tatkala ini saya sibuk menghabiskan minggu terakhir berpraktikum di Sekolah Menengah Teknik Batu Lanchang,Pulau Pinang. Minggu terakhir ini banyak perkara perlu dibuat. Mengecat 'mural', membuat dan mengemaskini laman web sekolah dan persediaan untuk penyeliaan kali terakhir oleh guru pembimbing. Hampir sesak juga dibuatnya, tapi saya cuba menghadapi kesibukan ini dengan ketenangan dan tidak tergopoh-gapah. Sampaikan sempat menyelitkan masa sibuk dengan bermain badminton bersama sahabat-sahabat DPLI USM 2008 di USM. Mungkin ini kali terakhir kami berkumpul dan bermain badminton bersama memandangkan kesemuanya membawa diri ke kampung halaman masing-masing setelah selesai berpraktikum. Catatan blog ini juga tergendala seketika. Namun, saya telahpun merangka beberapa catatan menarik selepas raya untuk dikongsi bersama. Insya Allah, setelah saya selesai menghadapi kesibukan dalam minggu ini saya akan menyudahkan catatan yang ada. Teringat saya akan maksud Hadis Nabi Junjungan kita,Muhammad s.a.w mengenai apa yang sedang dilalui kini: Ingatlah 5 perkara sebelum datang perkara, Masa muda sebelum masa tua, Masa sihat sebelum masa sakit, Masa lapang sebelum masa sibuk, Masa kaya sebelum masa miskin, Masa hidup sebelum masa mati. Kini putaran masa itu saya alami, dan begitu jua pada kita semua. Kesemua 5 perkara di atas sudah pasti wajib dan akan dilalui oleh setiap orang yang bergelar insan di muka bumi Allah Taala ini. Marilah kita berwaspada dengan masa yang kita gunakan. Baiklah nak sambung buat web ni. Entahla pukul berapa nak tidur ni. Semoga bersua di catatan seterusnya. Kolej Bakti Permai,USM. 1.29 minit pagi.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMu ini.Amin"
2 comments:
salam cikgu
selamat hari raya :)
Wsalam kak nor,
Selamat hari Raya juga dan selamat kembali kepada fitrah.
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya.
Post a Comment