Friday, September 19, 2008

Menemui Keluarga Tercinta

Seronok sungguh di hati ini. Setelah rutin seminggu berpraktikal di sekolah sejak bulan Julai lalu hingga kini, saya pasti akan pulang menemui isteri dan anak di rumah.

Seronok kerana dapat bersua selepas seminggu tidak berjumpa.

Seronok dapat bermain dan melihat perkembangan anak saya, Muhammad yang setiap minggu ada sahaja telatahnya yang menghiburkan. Sahabat saya, Abg.Yus, pernah mengantar SMS kepada saya sejurus saya memaklumkan kelahiran anak saya kepada beliau yang berbunyi begini:

    "…percayalah segala keletihan dan penat bekerja akan penat dan hilang apabila pulang mendakap anak dan isteri tercinta…"

Benar, kini saya merasakan perasaan itu. Perasaan bahagia yang dikurniakan Allah Taala kepada hambaNya yang mendirikan rumah tangga dengan ikhlas demi mengharapkan RedhaNya.

Saya berkahwin dengan usia yang agak muda iaitu pada umur 24 tahun.berbanding kalau nak diikutkan dengan zaman sekarang yang kebanyakkannya berkahwin selepas stabil bekerja

Dah sampai seru, saya tidak mahu tunggu lama-lama. Alhamdulillah, segalanya dimudahkan oleh Allah Taala sehingga kini.

Walaupun, pada mulanya memang susah sikit, tapi Alhamdulillah saya dan isteri tidak pernah merasai pengalaman menganggur sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Niat kami untuk berkahwin awal selepas tamat belajar dimudahkan oleh Allah Taala dengan memberi kami rezeki walaupun kerja permulaan kami agak susah dan mencabar.

Saya pernah bekerja dengan sebuah konsultan motivasi dengan gaji tidak sampai RM1300, dan kemudiannya 'upgrade' skit bila bekerja di JUSCO dengan gaji RM1600 tetapi waktu kerja yang mengutamakan bekerja di hujung minggu menyebabkan saya tidak lama di sana.

Sewaktu bekerja di JUSCO, saya berpeluang menghadiri temuduga DPLI dan KPLI dan Allah Taala telah memilih saya untuk untuk menghadiri kursus DPLI di USM. Mengapa USM? Kerana subjek mengajar yang saya pilih iaitu IT hanya ada di USM. UPSI pula hanya untuk subjek-subjek pengajaran IT yang khusus iaitu multimedia, 'Graphic Designer' sedangkan ijazah saya hanya IT secara umum sahaja.

Saya pun bakal menghabiskan pengajian saya di USM tidak lama lagi, iaitu seminggu selepas raya pada 10 Oktober 2008. Alhamdulillah sehingga kini kesemuanya berjalan lancar, tiada 'paper' yang sangkut.

Sememangnya saya memang meminati bidang perguruan ini dan mula mencari-mencari peluang untuk menjadi guru setelah tamat belajar. Mengapa saya berminat sangat walaupun kerjaya ini memang sangat penat dan mencabar. Berurusan dengan manusia sememangnya tidak sama apabila kita berkerja dengan mesin ataupun yang duduk di pejabat. Hakikat ini memang saya rasai sendiri perbezaannya kerana pengalaman kerja yang pelbagai sebelum ini. Insya Allah, saya akan menulis catatan mengenai bagaimana timbulnya minat saya dalam bidang ini.

Bas akan bertolak pukul 3.30 petang ini. Saya perlu cepat untuk bersiap.

Alhamdulillah, seronoknya pulang apabia kita mengetahui ada yang tersayang menanti.

8 comments:

Rizza September 19, 2008 at 6:35 PM  

salam... dah selesai ye praktikal tu...
semoga berjaya dengan cemerlang .... dan jadi pendidik yg berjaya mendidik anak bangsa kita...

p/s: senang je nama anak cikgu ye..Muhammad.... saya suke nama yg ringkas begini...seperti nama anak saya.... Hassan

Mohammad Yassir Hamidun September 19, 2008 at 11:35 PM  

Waalaikumussalam,

Kak Rizza,
Wah, cepatnye akak komen. Dah jadi pengomen setia blog saya plak.huhu.Takpe2 saya suka.

Memamg saya menulis untuk berkongsi dan kepada yang lain-lain untuk komen dan bagi pendapat masing-masing pulak.

Ye,nama anak ringkas setelah disenarai pendek dari nama-nama yang lain.Akhirnya saya dan isteri bersetuju pilih nama ni sebab membawa maksud yang baik dan moga-moga akhlaknya semulia akhlak Nabi.

Lagipun, keluarga sebelah isteri saya(kelantan_ sebelah pakcik-pakcik saudaranya, semua anak pertama dinamakan dengan Muhammad.
Ada juga pengaruh dari mereka walaupun mereka tidak memaksa.

Anyway,thanks for the support.

p/s:Alhamdulillah dah sampai rumah.Muhammad dah besar, 4 bulan dan sangat sihat(kaki dia gemuk2 sedap je nak pegang).Tapi dia ambil masa sikit nak cam walid dia,tak senyum sangat.Mungkin pelik tgk muka yang jarang nampak.Ade rase sedih gak,tapi faham je,Muhammad belum biasa.Lepas2 ni memang nak duk rumah je sblm posting,nak jaga Muhammad.

daLyaanoon September 22, 2008 at 12:23 AM  

ini cerita org yang dah 'selamat'...
yang belum 'selamat', hanya tunggu seru sahaja...
orang yg belum 'selamat',memang tak tak paham perasan org yg 'selamat'...
jgn sampai di'selamat'kan oleh org tua sahaja...
seraya itu,teringin juga mahu di'selamat'kan,

MYH,

percayalah masing2 ada rezki masing2...cheh!

mak!!!!

kahwinkan aku!!!hahaha

daLyaanoon September 22, 2008 at 12:24 AM  

MYH,

lagi satu...
anda merupakan trend setter untuk namakan anak dengan seringkas2 nama...

aku akan jadi pengikutnya...InsyaALlah

Mohammad Yassir Hamidun September 22, 2008 at 10:58 PM  

Dalyaanoon,

Benar,jodoh dan rezeki semuanya di tangan Allah.Kesemuanya Allah yang tentukan.Walaupun seru dah ada tapi,rezeki dan jodoh tidak ditakdirkan lagi, maka hanya kepada Allah Taala kembali segala urusan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kini.

Insya Allah, sekiranya kita bersangka baik kepada Allah Taala, Allah akan memberi balasan yang sebaik-baiknya.Amin.

Wah,dalyaanoon pun bercita2 nak nama anak yang ringkas?Huhu, tak sangka la plak bleh menjadi trend setter dalam hal ni.

Anonymous,  September 24, 2008 at 2:07 AM  

Quote :

"Seronok dapat bermain dan melihat perkembangan anak saya, Muhammad yang setiap minggu ada sahaja keletahnya yang menghiburkan."

---------------------------------

Bukan keletah, telatah la. HuHu

Adlan September 27, 2008 at 6:57 PM  

wah.. cepat nya balik KL..
saya balik ari sabtu ni..

hari tu pernah naik bas sama tapi bro tak prasan.. hehe

Anonymous,  October 5, 2008 at 1:21 PM  

selamat hari raya bro..maaf zahir batin.kim salam to ur wife n son.takecare.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP