Thursday, July 2, 2009

Kem Remaja Siber 2009@Perpustakaan Negara


Sekitar program kem remaja siber yang ditaja oleh ExxonMobil di Perpustakaan Negara Malaysia pada cuti persekolahan bulan jun yang lalu.

Sebelum ini program Kem Remaja Siber disasarkan kepada pelajar-pelajar dari masyarakat orang asli dan kawasan kampung. Manakala pada tahun ini perpustakaan negara memilih beberapa sekolah (hanya 5 sahaja) sekitar Kuala Lumpur untuk menghantar pelajar-pelajar seramai 12 orang setiap sekolah untuk mengikuti program ini.

Selama 5 hari para pelajar ini mempelajari teknik-teknik ICT menggunakan perakam video dan menghasilkan 'cerdig' iaitu cerita digital. Semua video yang dirakam disunting menggunakan perisian Adobe Premier.


Pelajar-pelajar yang menyertai kem ini sangat beruntung kerana pelajaran yang mereka pelajari merupakan salah satu subjek IT saya di universiti. Apa yang saya pelajari selama 4 bulan di universiti untuk subjek seumpama ini, mereka hanya mempelajarinya selama 5 hari. Bagi saya, ini satu pendedahan yang baikuntuk mengenali salah satu cabang dunia ICT iaitu dalam bidang video & perfileman. Kini, penggunaan teknik CGI(Computer Generated Image) pada filem-filem adalah tidak asing lagi dan sangat meluas. Walaupun, mereka tidak mempelajari CGI secara langsung, tapi teknik-teknik asas dalam pengambilan video terutama dari segi mengambil sudut-sudut tertentu untuk merakam, mengadun bunyi dan sebagainya dapat dipelajari.



Syabas kepada syarikat ExxonMobil kerana sudi menaja Kem ini sepenuhnya. Saya amat menyokong usaha syarikat-syarikat swasta melunaskan tanggungjawab CSR (company social resposibility) mereka dalam bentuk pendidikan, lebih-lebih lagi dalam bidang ICT. Difahamkan tajaan untuk program selama 5 hari ini sahaja berjumlah RM 64000. Satu jumlah yang besar dan pelaburan yang bermanfaat untuk generasi akan datang. Tidak rugi 'melabur' dalam pendidikan, kerana manfaat itu akan kembali dan tersebar luas kepada masyarakat.

Motivasi



Pada akhir program ini, sesi motivasi dijalankan bersama angkasawan negara yang pertama, DR SMS. Kali pertama saya bertemu beliau secara 'live' dan orangnya memang tinggi dan segak. Benarlah kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Beliau seorang yang berwawasan, sangat sihat (kerana untuk dipilih menjadi angkasawan kesihatan perlu 100% hatta gigi berlubang pun tidak boleh!). Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah mengalami sebarang kegagalan dalam hidupnya. Malah ayahnya pernah mengharapkan bahawa beliau gagal agar dapat mempelajari sesuatu. Jarang untuk kita dapat berjumpa dengan orang sebegini. Namun disebalik episod kejayaan hidup yang silih berganti, pengorbanan DR.SMS untuk mencapai setiap sesuatu itu tidak mudah.


Beliau berkongsi pengalaman, tentang betapa kurangnya beliau tidur untuk menyiapkan pelbagai tugasan. Malah sewaktu pemilihan angkasawan negara, beliau setiap hari akan berjoging selepas berkerja walaupun pada ketika itu pukul 3 pagi! Sikap dan ketabahan beliau untuk mencapai sesuatu amat mengkagumkan. Motto beliau 'what's the mind believe, the body can achieve' sentiasa diulang-ulang kepada hadirin untuk menunjukkan bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita mampu dan fokus untuk mencapai sesuatu.


Sememangnya cuti sekolah perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Syabas kepada para pelajar yang tidak rasa rugi mengisi masa cuti dengan perkara berfaedah. Semoga ilmu yang kalian pelajari dapat dikongsi dan disebarkan untuk manfaat bersama.





1 comments:

BabyMichiie,  July 8, 2009 at 9:58 PM  

cikgu.. i suka baca blog cikgu pasal kem.. haha..

terkenang masa masa dulu dulu dekat kem.. rindu dekat budak budak semua.. =)

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP