Friday, September 12, 2008

Panas Hati di Bulan Ramadhan

Saya hampir hilang sabar.

Kelas yang pada mulanya dikendalikan dalam keadaan seronok dan penuh dengan perdebatan antara kumpulan diakhiri dengan suasana yang kurang menyenangkan bagi saya.

Saya sedang menerangkan mengenai kesimpulan pengajaran hari ini, dan saya lihat seorang pelajar yang benar-benar tidak memberi tumpuan terhadap apa yang saya perkatakan. Walaupun mungkin telinganya mendengar, namun bahasa badan menunjukkan sebaliknya. Malah boleh saya katakan dalam kategori biadab kerana tidak menghormati guru yang sedang menyampaikan ilmu dihadapan.

Badannya menghala ke arah lain dengan mimik muka seolah-olah tidak berminat mendengar. Duduk bersandar dengan tanpa rasa bersalah dan hanya mendengar yang pada tafsiran saya melalui bahasa badan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Panas hati dibuatnya. Bukan sekali dua pelajar yang sama membuat perkara ini, malah banyak kali setiap kali waktu kelas sivik kendalian saya. Pada mulanya saya hanya bersangka baik, mungkin ada sesuatu yang menyebabkan pelajar ini tidak memberi tumpuan sepenuhnya, tetapi apabila sudah hampir setiap kali saya mengajar dan kebanyakan masa membuat perkara yang seolah-olah tidak menghormati guru yang sedang mengajar, saya hampir ingin memarahinya dihadapan semua pelajar.

Yang paling mengecewakan saya dengan sikapnya ialah, pelajar terbabit merupakan penerima anugerah pelajar terbaik bagi mata pelajaran agama rasmi Negara kita pada tahun 2008. Mata pelajaran yang sangat mementingkan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian. Markah yang tinggi di atas kertas namun tidak mampu ditonjolkan dengan amalan mulia dilapangan masyarakat.

Ini yang menjadi kerisauan saya sebagai pendidik. Adakah senario ini semakin biasa dilihat di mana-mana? Kecemerlangan dalam peperiksaan tidak disusuli dengan akhlak dan adab yang baik terutama apabila berususan dengan masyarakat.

Saya cuba memberi perhatian kepada pelajar ini dengan bertanyakan soalan, dan sempat juga menegur sikapnya secara tidak langsung. Ada terdapat perubahan sedikit, tetapi masih lagi dengan mimik muka tidak berminat.

Mungkin baginya subjek Sivik yang tiada peperiksaan ini tidak sepenting subjek-subjek peperiksaan yang lain. Entahlah, apa yang pelajar fikir mengenai subjek Sivik yang tiada peperiksaan ini. Sejauh mana kepentingannya berbanding subjek-subjek lain. Mungkin saya boleh tanyakan pendapat mereka tentang perkara ini suatu hari nanti, Insya Allah.

Saya berdoa agar pelajar terbabit diberikan hidayah oleh Allah Taala agar dirinya berubah sikap ke arah yang lebih baik. Sebagai pendidik, saya mahu anak didik saya bukan sahaja berjaya di dalam peperiksaan, namun turut cemerlang peribadi dan sikap.

Saya juga bermuhasabah dalam diri sama ada teknik pengajaran saya menimbulkan minat pelajar ataupun sebaliknya.

Sesungguhnya saya tidak akan berputus asa. Catatan ini bukan sekadar luahan hati, tetapi lebih kepada untuk menginsafi diri dan kita semua. Saya tidak sesal menjadi guru dan saya tidak sesal mendidik remaja-remaja di luar sana dengan akhlak dan adab yang baik. Bagi saya, secara peribadi kecemerlangan peperiksaan bukanlah segala-galanya. Saya ingin berusaha membentuk pelajar hebat dari segi ilmu dan hebat dari segi akhlak dan adab.

Kepada Allah Taala saya serahkan segalanya. Semoga segala urusan ke arah kebaikan ini diberi kemudahan oleh Allah Taala.

Marilah kita berlumba-lumba membuat kebajikan. (Fastabiqul Khairat!!!).

5 comments:

Rizza September 12, 2008 at 9:53 PM  

salam...

begitu la sebilangan pelajar2 di negara kita masa kini.. mereka belajar tanpa penghayatan....

belajar utk lulus periksa aje... tapi tak faham apa yg dia belajar...

memang berat tanggungjawab seorg guru tu kan... lebih2 lagi zaman skrg yg mana ibu bapa tidak menekankan didikan berdisiplin sejak dirumah....

semoga menjadi guru yg berdedikasi

Anonymous,  September 13, 2008 at 5:41 AM  

sbgai pendidik, harus mendidik, bkn mengajar. beza tuh.

mata pelajaran sivik tu bunyi dah boring dah. mgkin die boring. tp die tatau cara nak hormat cegu dgn keboringan die tuh.

so kenelah btau die cara hormat cegu dlm keadaan menghadapi subjek yg boring

daLyaanoon September 13, 2008 at 3:46 PM  

exam oriented...
penekanan dan penerapan ke arah sahsiah..zero!
UBAH SEBELUM PARAH..

sekurang2nya cikgu ada rasa panas....

kalo tak rasa papa?
something error tu..

Unknown September 15, 2008 at 6:08 PM  

^_^
cikgu maraah..
biasa la tuh~

Mohammad Yassir Hamidun September 16, 2008 at 1:02 AM  

Thanks kepada rizza,amir,dalyaanoon and hanafana for all the comments :-)

Kpd Rizza-Saya memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi guru yang berdedikasi mendidik anak bangsa.Insya Allah.Thanks for the support :-)

Kpd Amir-Perbezaan itu telah kumaklumi.Atas sebab itu ku cube menegur.huhu, nak hormat guru mengajar nak kena bgtau.Takkan semuanya nak kena 'suap'.Xleh nak pk sendiri ke?Maybe sbb itu subjek sivik diadakan Tahun ni,remaja kita dah semakin tidak mempunyai sivik/akhlak mulia.Tak semua remaja,tp kerisauan itu ada.Cegah sebelum parah.

Kpd DalYaaNoon-Itupun ada cikgu-cikgu yang boleh 'tak panas' dan mengajar je mcm biasa walaupun ada anak murid yang tidurrrrr/buat tak dgr.Huh,kalau la diriku mendapat pelajar seperti itu...akan kuDIDIK secukup rasa.

Kpd hanafana-terima kasih sudi ziarah blog ini.
Cikgu Marah=biasa.
Cikgu Tak Marah(maybe sbb fed up)=hampir menjadi kebiasaan
Cikgu Tak Marah+Syok sendiri+Tak Peduli=Ada di luar sana dan kesian kepada pelajar-pelajar yang dapat cikgu camni.Bak kata orang 'Lantak ko la nak jadi ape,yg penting tiap-tiap bulan aku dapat gaji'
(Maaf agak kasar,tapi itulah kenyataannya)

p/s:Saya tidak pukul rata semua cikgu2 ye.Masih ramai lagi yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mengAJAR dan menDIDIK.Kepada sesiapa yang terasa pedas,maka bergegaslah mencari air,huhu.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP